Tentang kami

Bermula sejak tahun 2014

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Semuanya bermula dengan impian zaman kanak-kanak.

Pengasas Bayu Beach Penarek yang dikenali sebagai WK pernah mengimpikan untuk mempunyai sebuah rumah di tepi pantai setelah membaca buku cerita karya Enid Blyton. 

Pada usia menjengah separuh abad, Allah memakbulkan impian tersebut. Beliau membeli sebuah rumah di tepi pantai daripada pemilik asal yang mahu berhijrah ke Australia. 

Premis ini bermula dengan sebuah rumah kayu tradisional yang berdiri di atas 0.6  ekar tanah. 

Lama kelamaan ibu rumah ini dikelilingi chalet kayu dan batu bata di sekitarnya seperti yang anda lihat di dalam foto-foto. 

Apa yang menarik di Bayu adalah akses terus ke pantai dan  keindahan alam yang bakal melukis hari-hari anda di sini. 

Selamat datang & selamat berlibur!

 

Pengurusan Bayu Beach Penarek Resort

img_20200722_094915
IMG_20200727_151108_357
img_20200729_110212_879
IMG_20200730_115906
IMG_20200817_103218_551
IMG_20201006_111711
IMG_20201008_111654
IMG_20201012_121224
IMG_20201012_121357
IMG_20201021_090717
photo_2020-10-24_15-26-57-768x1024
26

Previous
Next

Kemudahan

  • Bilik tidur dan bilik mandi
  • Internet
  • Kawasan Parking
  • Kipas dan penghawa dingin
  • Kawasan barbeku
  • Dewan
  • Tempat bersantai
  • Kolam renang 
  • Pantai
  • Air minuman
  • Tilam tambahan disediakan atas permintaan dengan bayaran ekstra
  • Perpustakaan mini

Perhatian

  • Dilarang merokok
  • Dilarang membawa haiwan dan minuman keras
  • Had maximum : 2 dewasa & 2 kanak-kanak pada setiap bilik. Jika lebih sila nyatakan jumlah untuk cadangan tambahan bilik.
  • Keselamatan diri dan harta benda adalah tanggungjawab penginap
  • Waktu check in:  3 PM & waktu check out: 12PM
  • Jimatkan penggunaan air dan elektrik dengan off aircon dan lampu kipas bila keluar dari kawasan resort.
  • Pakej day trip ke Pulau Redang, Setiu Wetlands termasuk river cruise dan kelip-kelip watching, rumah botol, tempat anyaman tikar & rumah arang ada disediakan untuk tempahan awal
  • Jika anda dalam kumpulan yang ramai melebihi 15 orang, tempahan makan pagi, lunch dan makan malam boleh di atur dengan menu pilihan anda.
  • Anda boleh memohon pembatalan tempahan dalam tempoh 24 jam tanpa caj selepas menempah jika anda tidak boleh memenuhi terma yang ditetapkan

Aktiviti Menarik di Bayu Beach Penarek Resort

  1. Reunion
  2. Family Day
  3. BBQ
  4. Picnic, relax atau jalan-jalan tepi pantai
  5. Team-building
  6. 1-Day trip to Pulau Redang
  7. Setiu Wetland River Cruise
  8. Menunggang ATV 
  9. Mewarna batik
  10. Membaca buku
  11. Kenduri kahwin
  12. Lokasi penggambaran vlog, video, filem dan drama
31
26
27
13
16
11
7

Previous
Next

Tempat menarik di sekitar Bayu Beach Penarek Resort

Boardwalk Setiu Wetland

Rumah Botol

Kampung Mangkuk

Sangkar Ikan

Pulau Redang

Kedai Celup Tepung

Translate »