Destinasi Eko Pelancongan Di Terengganu

Apabila sebut Terengganu, mungkin anda terbayangkan pasir memutih bak mutiara dan kejernihan air laut di pulau-pulau dan pantai-pantai.  Tidak hanya itu, negeri ini juga mempunyai kehijauan rimba, sungai, air terjun dan pelbagai potensi sebagai destinasi eko pelancongan. 

Lokasi-lokasi yang mempesona ini turut mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang kian mendapat tempat di hati pelancong lokal dan luar negara, jom bercuti di kawasan-kawasan ini: 

 #1 Tasik Kenyir

Terletak di Hulu Terengganu, tasik buatan manusia terbesar ini dikelilingi oleh 344 buah pulau. Kehijauan hutan, bukit-bukau yang memukau dan kejernihan airnya pasti menggamit anda untuk ke sana, lebih-lebih lagi jika anda seorang kaki pancing.

Jangan lepaskan peluang untuk ‘bermanja’ dengan ikan kelah di santuari kelah. Ia akan menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan. Nak lagi best, teroka tasik ini dengan menggunakan rumah bot.

Perjalanannya dari Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Manakala dari Setiu pula sejam lebih, melalui Sungai Tong. 

#2 Setiu Wetland

Kawasan ini akan menjamu mata anda dengan keindahan alam serta kepelbagaian flora dan fauna. Antara tempat terbaik untuk merakam momen menerusi lensa kamera. 

Setiu Wetland mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung iaitu laut, pulau, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai dan hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Day-trip ke Pulau Redang merupakan antara aktiviti pelancongan popular di sini. 

Manakala satu lagi aktiviti menarik tetapi ‘underrated’ adalah menyusuri Sungai Setiu menggunakan bot. Boleh hubungi kami untuk tempahan atau mengetahui lebih lanjut tentang pakej-pakej ini sekiranya anda berminat. 

Selain itu, anda boleh merasai suasana perkampungan nelayan dan komuniti setempat di Pantai Penarik yang menjadi persinggahan popular para musafir. Jika sedang mencari tempat penginapan untuk berehat, boleh menempah bilik di Bayu Beach Penarek Resort

#3 Besut

Jarak dari Pantai Penarik, Setiu ke Besut dianggarkan 33 km. Menurut Berita Harian, Besut dipromosi sebagai destinasi ekopelancongan. 

Besut mempunyai tempat pelancongan seperti Pulau Perhentian, pantai Air Tawar, pantai Bukit Keluang, Desa Ukiran Kayu, Hutan Simpan Gunung Tebu dan Kolam Air Panas La. 

Salah satu lokasi yang semakin mendapat perhatian di media sosial adalah kawasan rekreasi Lata Kolam Air Deru Eco Park yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu.

Sumber gambar: Lata Kolam Air Deru Ecopark

Manakala luncur angin atau ‘paragliding’ di Bukit Bubus menjadi tarikan terbaru di Besut. Selain merasai pengalaman berada di awangan, peluncur boleh menikmati keindahan panorama jajaran Bukit Keluang, Laut China Selatan, termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Rhu.

Sumber gambar: Bukit Bubus Paragliding Park Official

Jom Bercuti Di Terengganu

Suasana tenang dan damai di tempat-tempat yang dinyatakan di atas tentu dapat memberikan riang-ria dan memori manis kepada setiap pengunjung. Oleh itu, rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menyeronokkan ini.

Follow Bayu Beach Penarek Resort di Instagram & Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »